
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada
orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan
difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah,
Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati
tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut
atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca"
kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
readmore
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini
diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha
Suci Allah. Itu zikir qauli
Namun,
pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada
zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki
tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah
itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat,
prasangka dan sebagainya. OLEH: USTAZ PAHROL MD. JUOI
...................................................................................................................................................................
Memahami Maksud Takdir Allah
Mana
mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah
SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan
kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah
itu.
Ungkapan yang terkenal: We
can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu
mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran
kita.
Kemudi
dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat
bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman
kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat
pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita
adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya
pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha
luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak
salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita
dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga
dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada
perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara
yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang
ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya,
"barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam
takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata
hati seseorang.
"Siapa
tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika
setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah
dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar.
Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah
untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau
kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya,
kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita
memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh?
kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir
Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik
takdir itu.
Jadi, kita
tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah
kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan
kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang
menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu
akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah
hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa
mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni
cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja
kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari
semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but
it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you
bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah
adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah
dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya
dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui
ujian-ujian-Nya.
Rasulullah
s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian,
bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi
besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah
daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para
rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling
gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya,
hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi,
siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah:
"Apakah
kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum
datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu
daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan
kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya
merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek
kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana
Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah
dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu
pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk
meningkatkan darjat.
Justeru,
telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang
hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau
tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya
engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari
keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
"Apabila
keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa
riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan.
Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong,
sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara
satu dengan lain.Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya
dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari
kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.
Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air.
Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama
yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras
dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah
hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit
apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan
Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan
itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan
yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu
dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!
you were there to light my day, you were there
to guide me through, from my days down and on, i'll never stop thinking
of you, how can i forget all that, when you're the one who make me
smile, you'll always be a part of me, how i wish you were still mine ..♥
i love u ALLAH

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
readmore Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.
Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.
"Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah:
"Apakah
kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum
datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu
daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan
kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya
merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
"Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.
Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan