Assalamualaikum dan salam mahabbah. Agak lama blog aku ini tidak dikemas kini. medan terapi ini adalah tempat aku bermonolog dan mencurah rasa....Alhamdulilla pada hari, Allah memberikan sedikit kekuatan untuk meneruskan lagi hasrat hati untuk menghidangkan anda sekalian dengan wacana yang mungkin sedikit membosankan namun diharapkan agar anda-anda sekalian mendapat manfaat dan imput berguna dalam kita berkongsi seribu satu ceritera di pentas dunia ini.
Perjalanan
yang aku lalui tidak seindah mana. Mungkin banyak manusia lain yang
mengecapi bahagia, menjulang kejayaan, menjulang mimpi jadi kenyaatan
dan sebagainya. Kesakitan demi kesakitan aku tempuhi. Meskipun, ia
sebenarnya mengajar kita mendewasakan diri tapi kadangkala kita
seringkali kecewa akan takdir yang terpaksa kita jalani. Apapun juga
yang kita hadapi sebenarnya tidak pernah dipersiakan. Semuanya mempunyai
makna yang tersendiri. Cuma kita perlu bersabar dan terus berjuang
meniti kehidupan yang kita impikan.
Adapun
kekecewaan demi kehampaan kunjung tiba, tidak pernah melumpuhkan
semangat juang. Kita hanya perlu menggunakan kuasa kewarasan hati dan
kekuatan tekad untuk merentasinya. Jangan putus asa. Tapi jangan pula
terlupa, sebagai manusia kita dihadirkan dengan batasan-batasan kita.
Maka, berjuang. Jangan pernah mengalah kerana hidup ini sangat dramatik.
Seperti bumi, terus berputar dan berputar. Selagi kita berusaha ada
habuannya. Sekiranya berjaya, syukur Alhamdulillah. Tetapi jika gagal,
jangan berduka tapi bangkit menilai kekurangan diri dan mencari formula
yang lebih baik dari sebelumnya.
Benarlah kata orang, pengalaman mampu mendewasakan kita. Tapi hari ini, pengalaman
tidak lebih daripada sekadar mendewasakan aku. Malah, telah mendidik aku untuk menjadi lebih berani, sabar, tabah dan bermotivasi. Aku percaya pengalaman ini akan menjadi satu dorongan untuk aku lebih yakin mengorak langkah agar lebih baik lagi pada masa akan datang.
apabila aku berpeluang merasai sendiri perjalanan hidup seorang guru. Rupanya ia tidak
semudah yang aku sangka. Sememangnya guru adalah pekerjaan yang sangat mulia,
ia bukan sekadar mencurahkan ilmu kepada anak muridnya, tetapi guru juga
sebenarnya melahirkan kasih-sayang, mewujudkan rasa, mendidik penuh
kesungguhan dan memberikan kefahaman. Semua ini tidak akan tercapai dengan
hanya melangkahnya seorang guru ke dalam bilik darjah tapi guru datang dengan
hati yang ikhlas, cinta yang benar-benar telus dan emosi yang sabar. Itulah
cabarannya.
Tidak lelah. Tidak pahit. Tidak perit. Sungguhpun sukar kerana bersandarkan keikhlasan dan keberanian seorang guru berupaya menggalas tanggungjawab sebesar ini. Guru tidak sekadar bertunjangkan tingginya pengetahuan. Malah, perlu hadir mencurahkan ilmu beserta bancuhan daya pujuk dan ketegasan secukup rasa kerana guru lahir untuk memastikan ilmu pengetahuan lentur di dalam dada anak-anak murid mereka. Itu yang perlu aku fahami hari ini.
Perjuangan
itu ialah harapan, harapan itu pastinya bersama doa. Semoga mereka akan berjaya
kelak.
Lingkaran kehidupan yang tidak pernah lari dari darah daging sendiri kadang menyesakkan ruang hati. Dan jujurnya semua itu hanya terzahir di tubir mata. Rasanya tiada daya untuk menuturkan walau sepotong ayat menyatakan rasa kesal dan rajuk di hati. Semoga Allah ampun kan kesalahan aku yang ini. Rajuk ini cukup meninggalkan titik hitam dalam hati aku. Hanya sedikit yang aku inginkan. Hanya kecil permintaan hati aku. Namun susahnya untuk dimengertikan.
Sesuatu yang indah itu kadang kala tidak lagi menarik dari bahasa hati aku. Semua dan segalanya zahir di tubir mata. ....
hari ini seperti biasa aku menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sangat menguji keimananku...huhuhu...tetapi di sebalik itu terselit keseronokkan apabila aku bersama dengan keluarga usrah aku....merekalah pengganti mak dan keluarga di saat aku seorang diri di sebuah kota yang penuh dengan cabaran...Apabila aku bersama mereka aku seakan rase sangat dekat dengan ALLAH...terasa beruntungnya diri ini apabila berukhuwah dengan mereka....semoga nawaitu kami untuk sama - sama berpimpin tangan hingga ke syurga akan tercapai....Biiznillah.... love u till jannah!
"Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap
insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana
ujian itu mematangkan keimanan kita" Wasiat Imam Al-Ghazali
Sebagai bekalan:
"berhentilah merasa gelisah, bersabarlah, hadapi kenyataan
hidupdengan tabah, lakukanlah sesuatu untuk kehidupanmu"
"Ada satu jalan menuju kebahagiaan iaitu berhenti mengejar sesuatu
yang tidak mampu kita raih"














