Isnin, 25 Mac 2013

HaTi.....Tabahlah kamu!





..Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..
..Alhamdulillah,diri ini berkesempatan meneruskan tinta di sini..
Syukur Alhamdulillah..pada Ya Rabbi masih memberi nafas dan dipanjangkan umur untuk terus hidup di Bumi Allah yang Barakah lagi indah..

Bila teringat-ingat kembali,terasa sukar untuk memaafkan tapi kerana lembutnya hati,tetap memaafkan walaupun hati disakiti.Tetap takkan membenci walaupun jiwa terluka...hati terdetik,mungkin ada pengajaran di sini untuk di'muhasabah’kan.

Untuk melupakan,mungkin mengambil masa, kata orang,"I'll draw you, then erase you...but I will remember you again"...dan kini cukuplah hanya do'a mengiringi kelukaan itu. Sejarah yang berlalu tetap berlalu.Dan dengan harapan agar cukuplah...tak perlu lagi hadir dalam hidup ini. Pergilah untuk selamanya.


'Belajarlah untuk memberi sebanyak-banyaknya tapi jangan terlalu menerima sebanyak-banyaknya.'

[Laskar Cinta]
Terkadang,bila kita cuba untuk berbuat baik,tak semestinya dibalas dengan baik juga.Kita kena menerima hakikat itu..Imam Asy-Syafi'e sendiri pernah berkata,
'Setiap orang dalam hidup ini ada peminat dan pembencinya.'

Adakalanya hati kita disakitkan,kita dikritik seolah-olah terlalu besar kesilapan kita...Mungkin terdetik di hati kita apabila diperlakukan sebegitu..



Namun,jika difikirkan dengan lebih mendalam,pasti ada hikmah di sebaliknya.Mungkin apabila kita diperlakukan sebegini,Tuhan ingin mematangkan jiwa kita.Mungkin kita kena belajar menerima kritikan,cacian dan apa-apa saja untuk melatih kita menjadi insan berjiwa besar.

Hati pun menenangkan jiwa sendiri,

'Tak mengapa wahai diri.Terima saja apa pun dugaan  dengan hati terbuka.Teruskanlah langkah,jangan berhenti sebab Tuhan tahu niat dan tindak-tanduk kita.Yakin padaNya.DIA yang menentukan hidup kita,bukannya manusia.'

Mungkin bila hati kita terluka,kita menjadi insan yang lebih menghargai di masa akan datang.Kita lebih menghargai ungkapan insan lain,pemberian insan lain,luahan insan lain...

Mungkin bila hati kita terluka,kita mula mengenal apa itu erti kasih sayang...

Mungkin bila hati kita dilukai,kita mula mengerti bahawa tak semua orang dapat membahagiakan kita,tetapi selagi kita berusaha membahagiakan orang lain,kebahagiaan tetap akan datang pada kita suatu masa nanti...


"Kebahagiaan itu umpama kupu2.Jika dikejar,ia akan pergi.Jika dibiarkan,ia akan singgah di bahumu."

Mungkin bila hati menangis,baru kita mengerti bagaimana sakitnya hati insan yang pernah terluka sebelum ini...

Terima kasih hati,kerana engkau lebih mengerti tentang kehidupan ini.Diri ini tak tahu nak cakap apa,cuma tersenyum.Tak perlu kata apa-apa...tangan kat bahu mata di atas,,,,hehehehe
Take time to smile because it is a music of heart...
Selamat Menempuh Hari2 Yang Penuh Dgn Cabaran Wahai Dunia...Semoga Ada Sinar Kebahagiaan Untuk Hari Esok...

'Dunia yang indah tak dapat dilihat,kecuali oleh orang yang selalu peka dalam hidup dan individu bijak tidak akan membiarkan cinta menjadi racun hidupnya.'
Penutup: Carilah Penawar Di Setiap Kedukaan
tanpa kekecewaan hidup ni tiada indahnya ... tanpa kemanisan hidup ini juga tiada serinya ...yang paling penting jagalah iman ..jaga diri dan hiasa peribadi ..
andainya hari ini hati kesakitan ..cubalah tengok hari esok dan carilah ubat untuk setiap kelukaan itu ... kalau hendak berada di alam kemanisan ..bangunlah dan jauhi kelukaan itu ..bangun dengan penuh semangat dan berazam ...
Yang lepas biarkan ia berlalu...Kita teruskan hidup baru.kan hari esok masih cerah untuk kita?
hari ni aku jatuh ..hari esok aku akan cari penawarnya ~







"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-


firman Allah S.W.T:


.."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami ....

(surah Al-Baqarah 2:286)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan